Sunday 27 February 2011

Day 7:Diet Atkins dan timbang baru..

Berbasikal-20 minit
Dengan semangat ilmu di dada.Pagi2 lepas sebahyang subuh aku pun naiklah basikal mak aku tu.Kayuh2 punya kayuh,dapatlah jugak dalam 22 minit. Boleh lah,tapi speed slow je.Sesuailah beginner mcm aku ni..
Hari ni sarapan pagi ngan telur.Pelik bapak aku tengok,aku makan telur pagi2..Nak kurus punya pasal,belasah jelah..


Sarapan pagi
Tengah hari aku makan best.Makanan kegemaran aku ikan keli masak sambal.Aku ambik 3 ketul ikan keli dan semangkuk sayur masak tumis air.
Makan tengah hari.
Petang, suami aku ajak gi Tesco untuk gi belanja bulanan.Biasalah belanja susu anak2,pampers dan mcm2 lagi. Aku dah berkira2 hari ni nak gi beli timbang digital.Siap2 membeli belah,tibalah seisi untuk acara makan2.Aku gi order nasi ayam untuk anak2 dan suami aku.Pusing punya pusing,benda apa lah yg aku nak makan.Aku pun order Tomyam Ayam (Gambar tak upload sbb tak bawak kamera). Oklah,kiranya diet aku hari ni tak terbabas.Balik dari Tesco aku gi singgah Cosway sbb nak beli timbang. Harganya dalam RM79+3 kupon.Lagi pun kupon aku tu tak guna lagi.Ada 20 kupon semuanya.Bestnya dapat timbang baru.
Timbang baru(semangat nak menimbang)

Sebenarnya timbang yang lama tu ok lagi tapi di sebabkan kononnya nak dapat pengukuran yang lebih jitu dan tepat.Aku belilah timbang digital.Timbang yang lama tu dah berusia 4 tahun.Husband aku belikan sempena hari jadi aku.Dia belikan aku timbang sbb aku ni obses sangat nak menimbang.Pantang nampak penimbang kat mana2 pasaraya. Oleh kerana 'kejakunan' aku yang dia sendiri pun tak sanggup nak tengok,dia pun belikan lah satu. Nasib husband aku tak beli penimbang yg kena masukkan duit kalau nak menimbang tu. Harus kaya suami aku sebab tiap2 hari aku insert duit nak menimbang,cukup sebulan,husband aku ambik duit tu..he..he..he..Apa2 pun,aku sayang sangat kat suami aku.Dialah orang yang paling memahami jiwa dan raga aku.Sangat supportive dalam segala hal.Kalau aku dok membebel pasal berat aku dan nak cakap aku nak diet,dia layan jek.Kadang2 aku yang diet,dia yang terlebih kurus..Maklumlah makanan yg di masak mcm orang dalam pantang.Balik umah,aku pun test lah penimbang baru setealh 7 hari bersama diet Atkins,hasilnya....55.9 kg dari 58kg. Oklah untuk permulaan.
55.9 kg
Tapi bila aku timbang pakai timbang yang lama.Berat aku 55 kg.Apa2 pun aku ambik angka 55.9 kg.
55kg
Perasaan berdiet Atkins.Oklah tak lah teruk sangat.Feel Good sbb tak menyeksa diri sangat.Kalau kat kedai boleh makan ayam,ikan dan sayur2an..







Saturday 26 February 2011

Day 6:Diet Atkin dan Hadiah untuk perut!!!!

Aku dah melalui diet Atkins selama 5 hari.Perasaan gembira sbb rasa mcm perut dah kempis sikit..he..he..:-)..Apa pun akan terjawab segalanya pada hari esok. Hari ni belek2 kamera,sbb segala makanan yang aku makan ada tersimpan dlm kamera aku.Check punya check,rasa2 apa yg aku makan mcm kurang sangat.Takut jugak jadi Aneroksia Nervosa (mintak2 di jauhkan).Hari ni aku bercadang nak hadiahkan perut aku ngan buah.Rasa mcm dah lama sangat tak makan buah. Aku nak tengok juga sejauh mana berat aku turun sekiranya aku langgar pantang hari ni.Harap2 yg baca blog aku ni tak ikut jejak aku..he..he..Hari ni aku balik umah mak aku.Makanan memang mewah lah bila kat umah mak ni.Macam2 ada..So,rasanya hari macam nak makan apa yg ada kat umah mak tapi masih dalam kuantiti yg undercontrol lagi.Pehh!!!pagi2 dah ada nasi goreng pedas giler.Aku mmg tak boleh tahan kalau bab2 yg pedas2 ni.Apalagi bersarapanlah ngan 1/3 nasi goreng.
Sarapan pagi (Nasi Goreng)..jng tiru aksi ini!!!
Tengah hari aku makan kerang masak lemak cili api yg dicampur dengan batang keladi.Memang sedap tak hinggat..Aku belasah hingga tak ingat dunia..
Makan tengah hari (aku tambah 2 kali makan)
Oleh kerana manusia itu sentiasa bernafsu.Petang aku makan biskut oreo dan buah mangga sebiji.
Sedapkan kudapan aku untuk waktu petang (Jangan tiru aksi ini!!!)
Patutnya tajuk entry aku hari ni tak de kena mengena Diet Atkins patutnya.Diet aku semua dah ke laut..Apa2 pun kita tengok keputusan pada hari esok ye kawan2..:-D




Friday 25 February 2011

Day 5:Diet Atkins dan Lauk Hangit!!!

Kenapa lah tajuk entri aku kali pelik sangat bunyinya..haha:-D..Ok lah sebenarnya hari ni hari ke 5 aku dah lalui Diet Atkins. Rasa mcm tak sabar nak gi timbang.Bangun pagi mcm biasa aku bersarapan dengan telur sbb aku tak tahu nak sarapan dengan makanan apa lagi yg kurang karbohidrat. Almaklumlah aku ni bukan kreatif dan inovatif sangat dalam bab-bab memasak.Oleh kerana hari ni, hari Jumaat, sekolah habis awal, dalam kul 12 tgh aku dah sampai umah. Dengan semangat tinggi di dada, aku tak sabar2 nak masak. Bosan jugak kalau hari2 dok balun telur dan sayur air tapi itulah yg paling senang.Selesai potong memotong dan tengah sibuk masak sayur,anak2 aku ajak teman di org tidur. Ok lah,aku pun teman diorg tidur jap...zzzzz...Tiba2 aku dengar bapak aku panggil2 nama aku,sambil cakap "Ko masak apa ni,bau hangit"Pehhh..sekali aku gi dapur, periuk aku dah x rupa periuk..Hitam legam tahap gaban,kalau rendam 3 hari 3 malam, tak mungkin hilang..
Periuk yang hangit!!
Terpaksalah aku makan tengah hari ngan lauk asam pedas je..:-(
Makan tengah hari-lauk asam pedas

Nasib baik lah, kebetulan bapak aku nak gi hospital Kota Tinggi (teman mak buat terapi kaki). Dia singgah umah aku jap,hantar kunci umah pd aku. Kalau tidak alamatnya.......Alhamdullillah,tuhan masih nak beri kesempatan aku untuk terus bernyawa..he..he..Peringat untuk semua,pastikan matikan dapur gas sebelum melayan aktiviti mata..Ok lah, makan malam aku senang je,sebab aku import dari umah bapak aku.So, petang tak de acara masak memasak..Untuk makan malam, aku makan sayur sawi masak lemak+ikan goreng+sambal belacan.Perasaan hari ni berdiet Atkins,ok lah..tak lah teruk sangat sbb tak berapa nak lapar sbb boleh makan apa saja kecuali yang berkarbohidrat.Aku ada makan sawi masak lemak tapi aku makan sawi dia jer,kuah sawi tu, aku tak hirup pun.So, selamat lah ye..
Makan untuk makan malam.



Thursday 24 February 2011

Day 4:Diet Atkins dan Puasa Sunat

Menu bersahur aku ( sayur kangkung bertelur)

Menu berbuka (sayur bayam+telur mata kerbau+hirisan timum bersama mayanos+ikan goreng+ikan masak sambal)
Hari ni aku dangan senang hatinya berpuasa sunat.Lagi pun hari ni Hari Khamis mmg di anjurkan untuk berpuasa sunat. Sepanjang Tahun 2011 ni,aku baru je berpuasa sunat 1 hari. Sebenarnya banyak kelebihan berpuasa sunat isnin ngan khamis ni.  Terdapat beberapa dalil yang menyatakan tentang puasa sunat isnin dan khamis yang aku sempat aku cari. Ini adalah ihsan dari blog shah. Moga beri manfaat kepada kita semua. Al maklum dalam menyelusuri mencari impian berat idaman, sedikit sebanyak dapat jugak bertambah ilmu dan amal.

pertama:Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a menceritakan bahawa;"Adalah Rasulullah s.a.w amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis
(Riwayat Imam Tarmizi.menurut beliau hadis ini soheh)

kedua:Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah bersabda;"Dibentangkan amalan-amalan dihadapan Allah pada hari isnin dan khamis.Maka aku menyukai dibentangkan amalanku(dihadapan Allah) pada ketika aku berpuasa"
(Riwayat Imam Tirmizi)


ketiga;Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah ditanya tentang puasa hari isnin.Baginda menjawab;"Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan(menjadi nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku"
(H.R Imam Muslim)
Oklah berbalik ke pada menu bersahur aku. Aku bersahur dengan sayur kangkung masak air dan ditambah ngan telur. Alhamdullilah, pagi2 bersahur dengan semangkuk sayur, tekak aku masih bo terima lagi.Hari ni mood berpuasa aku mmg bercadang tak nak bersenam, takut badan terlalu letih sbb pagi tadi bersahur, aku cuma sempat minum 4 mug shj, terasa kehausannya. Ok lah, malam aku nak berbuka apa ye? tekak ni nak sangat makan yg pedas2..Menu aku untuk berbuka, meriah jugak..he..he..sayur bayam+telur mata kerbau+hirisan timum bersama mayanos+ikan goreng+ikan masak sambal..Yang paling aku berselera makan ialah ikan masak sambal. Ikan tu mak mertua aku yang bagi..Mmg sodap..Oklah perasaan hari ni berdiet Atkins adalah gembira. Lagi pun aku berdiet atkin sambil berpuasa. So feel berpuasa sunat tu yang lebih. Kalau ikutkan dalam proses induction ni, kita boleh nak skip makan.So bila berpuasa, aku dah skip makan tengah hari. Satu hari tak pe kot..he..he..Sebelum aku nak tamatkan penulisan, aku ada cerita best tau..he..he..Pagi tadi aku gi kerja naik motor. Biasa lah pagi2 kena hantar anak2 gi taska dan tadika. Hari ni aku mengangkut diorg naik motor. Masa anak aku yangg sulung nak naik motor kat belakang (maklumlah dia pemboceng so terpaksalah dok belakang), anak aku pegang pinggang aku...Anak aku boleh cakap "kurusnya ibu"..Pehh!!!gembiranya dapat pujian dari anak. Tak tahulah ikhlas atau sekadar bodek.Ape pun oklah tu..Berat masih misteri lagi sebab ada masa 3 hari lagi untuk seisi penimbangan. Harap2 turun lah ek..

Wednesday 23 February 2011

Day 3:Diet Atkins dan Sauna.

Makan tengah hari - Sayur kangkung+timun+scramble telur dan bersama mayonis lazat.

Kawan kat sekolah bagi coklat ni,Aku ambik jugak tapi tak makan sbb husband aku yg makan.Selamat Diet Atkins aku.

Setting masa dan suhu kat periuk sauna

Inilah rupa sauna aku.Aku sayang sauna aku sbb badan jadi segar dan kulit jadi licin.

Inilah scrub yang aku guna,jenama Ratu Sari,murah jer (RM12)
Hari ke-3 melengkapkan diet Atkins.Lagi 4 hari nak gi timbang..Apa jadi ngan berat aku ek..Apalagi cerita pasal aku berdiet hari ni, macam biasa sarapan pagi ngan telur sebiji dan air suam.Bangun pagi je,aku dah minum 2 mug besar air suam.Sarapan aku minum lagi 2 mug air suam.Sebelum gerak ke sekolah aku minum se'mug' air suam.Air memang sangat penting untuk tubuh kita. Lagi pun aku pernah baca dalam satu majalah Rapi,air bagus untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan.Cuma aku terfikir nak tukar minum 'green tea' pagi2.Green teh bagus jugak untuk kesihatan diri.Salah satu kebaikannya ialah menghilangkan bau mulut..he..he..Pagi tadi ada selak2 katalog Cosway,ada satu green tu murah jer dalam RM7..Ingat nak beli tapi tak tahu bila.Pernah pengalaman aku, aku minum air teh di campur ngan limau,konon2nya bagus ntuk kempiskan perut.Hari ke-3 aku minum,pehh..tekak aku sakit+perit giler.Terus aku stop. May be tak sesuai ngan aku kot.Berbalik cerita tentang makan tengah hari aku,aku ingat nak makan sedap sikit,lagi pun teringin sangat nak makan timun ngan mayonis.Apalagi balik sekolah, aku masak sayur kangkung,pastu masak telur scramble.Palagi hidangan aku ialah sayur kangkung+beberapa hirisan timun+scramble telur dan di sirami ngan mayonis..Memang sedap.Ingat nak masak sedap2 lah esok..kalau hari2 dok makan telur rebus,boring gak..Petang pulak aku dah set nak bersauna,so hari ni aku tak exercise. Bersauna pun ok apa,boleh bakar kalori jugak. Dalam jam 5.30ptg, aku pun setting sauna aku,set masa 40 minit, suhu level 3.Aku mmg set 40 minit tapi aku bersauna 15 minit je..Oklah tu..Sementara nak tunggu sauna panas,aku pun ambik scrub, dengan rajinnya aku meng 'scrub " kaki dan tangan aku. Daripada dok saje,ada jugak benda aku nak buat. Aku mula scrub nie pun sejak 2 menjak ni,bila perasaan rajin untuk 'sayang diri' timbul.Last scrub 3 tahun yg lalu kot.Lepas bersalin,sibuk membesarkan anak2,aku mmg dah malas nak jaga diri. Bila anak2 dah besar ni,ok lah.Diorg pun dah faham apa aku cakap.Pernah satu hari aku scrub depan anak aku yg sulung.Dia pelik dan tanya "ibu,buat pe?'..Aku jawab ibu "buang kuman"..Anak aku pun sibuk jugak nak buang kuman..he..he..dia kata kaki dia pun ada kuman jugak.Pehh ..alasan apa aku nak bagi ni,dengan bernas aku kata "Budak kecik tak boleh buang kuman pakai benda ni,orang besar je boleh pakai,nanti kulit tanggal"..belasah jelah..asalkan dia boleh terima.Ha..ha.ha...:-D..Sauna dah panas,aku pun masuk dalam 15 minit.Memang best bila masuk dalam sauna,badan akan rasa segar lepas tu dan kulit akan rasa lebih licin..Peghh!!!!Peluh keluar mmg tak hinggat..banyak tuuu..Lepas bersauna kena rest sekejap,mmg itu syaratnya sebab bila bersauna,jantung kita akan beroperasi mcm kita bersukan jugak..Dalam kul 7.00 mlm aku pun gi mandi,ingat nak makan malam dalam kul 7.30 mlm. Tapi bila dah kat rumah ni,mcm2 benda nak buat..Tup tap..dah kul 7.45mlm..Aku kena bersiap2 gi Program Motivasi kat sekolah..Pehh..aku tak sempat nak makan malam..Alamak,rasa bersalah sangat..Habis motivasi jam 11.30 mlm,tak kan aku nak makan time tu..Apalagi aku terpaksa skip makan malam aku..Mision gagal..:-(...Perasaan berdiet Atkins hari sangat gembira,tapi kena set elok2 timing makan aku sbb aku dah tertinggal satu makan malam hari ni..Adios..harap2 esok akan lebih baik.."Please..Don't skip you meal"

Tuesday 22 February 2011

Day 2:Diet Atkins dan senam lagi!!!

Masa menunjukkan 11minit 20 saat, 30 calori dah terbakar,speed dan pulse tak  dpt nak tunjuk sbb aku gi cari kamera,bila nak ambik gambar, pulse dan speed dah tukar ke 0.
Makan malam aku (ikan masak asam pedas)
Hari kedua melalui Diet Atkins.Hari ni mmg mencabar jiwa dan raga..Apa kes ni?Aku mmg lepak betul hari,macam dah tak de tenaga.Bermula dengan sarapan pagi,macam biasa,menu yang paling mudah nak buat,telur rebus..he..he..Makan telur rebus ngan air kosong suam .Tekak aku masih boleh terima lagi menu tu.Layann zasss..Tiba tengah hari dalam jam 12.30 tgh, aku dah tak de tenaga.Balik umah aku pesan kat anak2,hari ibu penat,kita tido sama2 ye..Nasib baik anak2 aku nak tido time tu.Pehh!!selamat kalau tak aku melayan diorg dalam keadaan yg lemah longlai.Rasa nak baring sangat bila tiba rumah..OPss lupa,dalam Diet Atkins tak boleh skip makan.Apa agaknya aku nak makan tengah hari?Aku pun bantai lagi telur rebus ngan air kosong.Badan dah tak larat..Aku pun terus tido.Sedar tak sedar,aku terbangun je,jam kul 5ptg..Mak oii!!!tak agak2 tido.Mmg kitaorg anak beranak tido mati beb..Bila bangun dari tidur, aku rasa betul2 tak larat.Aku gagahkan jugak ambik kain dalam mesin basuh untuk gi sidai.Semua kain tu mak aku yang punya,aku tolong basuhkan sebab mak aku sakit tangan dan kaki.Bersiap2 angkut kain dan ajak anak2 aku gi umah atok diorg.Hari ni mmg dah set tak nak bersenam sbb tak larat.Lepas sidai kain,aku gi dapur mak aku..Jengg..jeng..jengah periuk dan kuali..Fuhh!!ikan masak asam pedas dan kangkung masak kicap.Hermmm..aku cakap kat diri..Please,sayangi diri anda!!..Aku pun ambik pinggan dan letak ikan masak asam pedas je.Ya Allah!!!sedap giler..Rasa nak makan ngan nasi je.Hermm..please control yourself,nanti menyesal tak sudah.Lauk ni bapak aku yang masak.Bapak aku mmg pandai masak dan menepati citarasa kitaorg sekeluarga.Aku sebenarnya nak bagi je anugerah "Bapa Mithali" kat bapak aku,dah le pandai masak, rajin pulak tu. Walaupun diaorg tinggal berdua je, tapi bapak aku tetap masak yang sedap2..So,makan malam hari ni ialah ikan masak asam pedas shj..Lepas makan rasa feel nak bersenam pulak ..Gi lah mesin "shake to shape",lepas goyang 10 minit.Aku toleh basikal statik kat tepi..hermmm,rasa macam dah ada tenaga nak naik basikal tu.Aku kayuh perlahan je,dalam 12 speed je..Kayuh punya kayuh dapat jugak lah menghabiskan 10 minit,pastu goyang lagi 10 minit..he..he..Balik umah meneruskan rutin seperti mandikan anak,kasi anak makan..bla..bla..Perasaan hari ni melalui Diet Atkins adalah gembira lah jugak,walaupun tengah hari rasa macam nak pengsan..Tapi petang stamina baik punya..dapat jugak aku bersenam..Lagi satu,aku minum air mmg tak kurang dari 3 liter..

Monday 21 February 2011

Day 1:Diet Atkins dan Bersenam

Alat senaman yang ada kat umah mak aku.

Sarapan pagi dan makan tengah hari (menu sama)

Makan malam (Sayur sawi mangkuk besar)
Hari ni, hari pertama berdiet style diet Atkins.Nak tahu jugak apa perasaan berdiet style Atkins. Macam biasa aku bangun kul 5.00 pagi dan terus minum air kosong 2 gelas (aku dah biasa buat). Gi rebus telur 2 biji untuk breakfast.Bila pelawa husband aku makan sekali, dia kata malas nak breakfast pagi2, nak breakfast kul 10 pagi nanti..ikut suka lah bang..Suami aku ni kategori badan memang maintain slim.Aku tengok makan boleh tahan jugak,asal lapar gi dapur, tak kisah lah jam brp pun..kdg2 kul 1 pagi pun di pernah makan tapi bukan sbb nak bersahur. (lapar katanya).Aku sarapan dengan sebiji telur je + 2 mug air kosong. Aku tak tahu nak minum air apa sbb dalam diet Atkins tak boleh minum air manis or apa shj yg bergula, bergandum dan berkarbohidrat..(opss..sori,bukan tak boleh cuma kurangkan)..Oleh kerana semangat dan keazaman yang tinggi aku cuma balun sebiji telur dan 2 mug air.Balik dari sekolah,mmg aku jarang masak sebab anak2 aku semua dah makan kat sekolah masing2.Biasanya aku akan masak untuk makan malam shj.So, apa aku nak makan tengah hari ni ye..Oh!!baru teringat aku rebus telur 2 biji pagi tadi tapi baru makan sebiji.Apalagi nampaknya makan tengah hari hanya sebiji telur dan air kosong lagi. Pehh!!!hari ini aku minum air 3.5 liter kosong..Banyak tak aku minum?..he..he..aku mmg peminum air tegar sebenarnya.Kalau kurang air,aku mudah demamm dan sakit tekak.Sebenarnya aku baru baik demam,dapat MC 2 hari  (hari Jumaat dan Sabtu)..Korang tahu knp aku boleh demam,salah satu sebabnya aku taksub sangat nak kuruskan badan,aku bantai jogging dan naik basikal pastu bersauna tiap2 hari..Kesimpulannya buat apa2 pun kena bersederhana. Bersauna tu 3 kali seminggu pun dah cukup.So, bila aku nak bersauna sambil berdiet Atkins ni..Rasanya aku nak start bersauna hari Rabu ni sebab aku pun baru je baik demam.Jam 5.30 petang aku gi umah mak aku sbb kat umah mak aku ada "statik basikal" dan mesin "shake to shape". Ingat nak gi bersenam dengan benda alah tu semua.Sampai umah mak aku naik mesin "shake to shape" 10 minit, pastu sambung naik basikal 10 minit (kalori terbakar dalam 30 joule je,boleh lah..),pastu sambung naik mesin "shake to shape" 10 minit.Campur semua aku excersice dalam 30 minit, cukup kot.Tapi kalau tengok peluh yang keluar, tak seberapa pun..he..he..Pastu aku ajak anak-anak aku jalan2,diorang naik basikal,aku jalan kaki jer demi untuk menjaga keselamatan anak2 tersayang.Nk cerita pasal mesin dan basikal yang mak aku beli tu,nak dengar tak?..he..he..Sebenarnya mak aku ada masalah kaki,selalu sakit bila berjalan.Mungkin ini salah risiko yang perlu ditanggung oleh orang obesiti.Di sebabkan itu,mak aku terpaksa gi terapi kat hospital tiap2 bulan.Salah satu terapi yang perlu mak aku lalui ialah naik basikal statik.Oleh kerana semangat berkobar2 nak baikkan kaki,mak aku pun gi lah cari kat kedai untuk beli basikal statik.Mula2 dia kata nak beli basikal untuk bawa gi kerja.Katanya nak gi kerja naik basikal,mak oii!!!semangat tinggi tu..Tak logik lah mak oii,kalau nak gi kerja naik basikal,lagi tinggi risiko yang mak kena tanggung pulak nanti. Selain dari faktor keselamatan jalan raya,faktor nak belajar naik basikal tu ha..pandai ke?..:-)Ape pun semangat mak aku tu, aku tabik beb..Kitaorang pun gilah survey kedai nak beli basikal,jumpa satu kedai Gintel. Promoter tu pulak boleh promote mesin "shake to shape" pulak..Dia kata bagus untuk kaki dan senang nak bersenam bagi orang2 yang obesiti. Kira punya kira,mak aku pun setuju beli.Habis dalam RM4k jugak.Tak kisah lah duit dia..:-)..Aku cuma harap kaki mak aku baik dan badan semakin kurus,maklumlah "shake to shape" lah katakan.Balik umah,terpikir nak masak apa?Aku masak nasi+ayam goreng+sayur sawi masak air.Tapi aku cuma makan sayur sawi je..Yang lain2 tu anak2 aku yang makan..Fuhh!!!berjaya melalui Diet Atkins dengan cemerlang pada hari ini..Perasaan gembira buat diet Atkins hari ni,yang bestnya aku tak letih pun..:-)

Sunday 20 February 2011

Bab 3:Aku dan Diet Atkins


Pehh semangat giler aku nak buat diet Atkins..So, langkah pertama yang aku buat ialah pergi KIPMART, beli telur, sayur-sayuran dan mayonis. Konon-konon nak masak style kak Liza..he..he..

Saturday 19 February 2011

Bab 2:Cari ilham (Diet Atkins)

Assalamualaikum,
Dah seminggu aku suka suki jalan gi blog orang lain. Tiba-tiba aku terjumpa satu blog yang menjadi sumber ilham kpd aku iaitu blog Adik Dzul dan Kak Liza. Best jugak baca pasal diet atkins ni. Macam senang nak buat sbb kita tak perlu control makan cuma kurangkan makan berkarbohidrat. Kita kena akui bahawa rakyat Malaysia ramai yang obesiti sebab terlebih makan nasi. Nasi dah jadi makanan asasi kita rakyat Malaysia, sebab tu ramai obesiti. Aku memang belum kearah obesiti tapi hampirlah jugak,so belum terlambat untuk bertaubat...he..he..Berat aku terkini 58kg. Aku bercadang nak turunkan sehingga 48kg (berat sebelum berkhawin)..boleh ke..Ape pun yang penting Set Minda beb...Semangat beb aku nak buat Diet atkins ni,cuma kurangkan berkarbohidrat..Yang bestnya bila gi blog Kak Liza,mcm2 gambar yang di tunjuk tentang makanan yang dia makan semasa buat diet atkins (tengok macam sedap)..Diet Atkins ni ada 4 fasa (sumber ni aku dapat dari blog adik Dzul tu). Ingat nak try..kawan2 nak try ke tapi sebarang risiko di tanggung sendiri ye..
  1. Induction (Permulaan dan pengenalan)
  2. Ongoing Weight Loss
  3. Pre-Maintenance
  4. Lifetime Maintenance 

Friday 18 February 2011

Bab 1:Kenapa aku takut gemuk?Kenapa aku tulis blog ni?

Assalamulaikum..


Dah lama aku terfikir dan teringin nak buat blog ni. Sebelum ni aku ada buat satu blog dan bila buat proses mengedit, segala macam benda yang aku dah buat sebelum ni,tak mau hilang walaupun aku dah edit. Jadi, dengan rajinnya aku pun mulalah mencipta blog yang baru.Aku nak segarkan semula blog aku sesuai dengan fungsinya untuk menulis catatan dan berkongsi pengalaman sambil berkongsi pendapat.Aku ada sesuatu yang ingin di kongsi bersama-sama rakan-rakan,tak kira lah apa pun saiz anda kerana semua saiz aku pernah rasa ( dari s hingga ke XXL)..Aku pernah lalui zaman XXL,sangat menyedihkan.Badan ku mula naik apabila aku berada di sebuah institusi perguruan ,berat aku pernah mencecah 63kg pada waktu tersebut.Ramai yang mengejek dan menyindir tentang saiz badan aku yang terlebih comel tu.Bila aku buat presentation dihadapan kelas,ramai yang akan mengembangkan pipi kerana menyindir pipi ku yang tembam itu.Walaupun hakikatnya mereka hanya bergurau tapi aku adalah manusia biasanya yang punya hati dan perasaan.Aku sangat2 tertekan dengan saiz badan aku yang montel dan tembam.Aku rasa tak selesa apabila membuat sesuatu aktiviti,walaupun aku ni sebenarnya sangat2 minat bersukan.Aku sebenarnya berikhtiar utk menurunkan berat badan, tapi sangat sukar kerana godaan dari kawan2 yang suka makan pada waktu malam.Cemburu jugak tengok member2 yang makan apa2 shj tapi badan tetap langsing.Yang peliknya,walaupun aku gemuk tapi ada jugak org yang nak mengurat aku time tu..ha..ha..so muka aku nie masih laku walaupun terlebih cubby.Penghujung semester kedua aku di serang sesuatu penyakit (kena sampuk kot)..so cuti penghujung tahun tu,berat aku turun dengan mendadak sehingga 50kg.Naik semester 2,aku pasang body baru,gembira sbb dah kurus.Walaubagaimanapun berat tu tak bertahan lama,angka itu terus menaik,menaik dan terus menaik (60kg).Aku hampir putus asa dengan berat aku,tak tahu nak buat apa..last2 aku buat tak tahu..Sehingga aku berposting utk berkhidmat sbg seorg guru dengan berat turun naik kdg2 57kg dan sometime cecah 61kg..Sehingga penghujung tahun 2005,aku diserang penyakit apendix..terpaksa berpuasa 3 hari 3 malam tanpa minum dan makan sebab nak tunggu turn operation.kebetulan aku kena apendix time hari raya so banyak kes kecemasan yang didahulukan.Alhamdulillah aku selamat di operation.Selepas operation,aku langsung tak berpantang akhirnya aku masuk wad semula sebab kena addition colix(tak sure ejaan aku betul atau tidak).Lima hari aku masuk wad dengan kesakitan yang amat sangat dibahagian perut.Berat aku turun mendadak sehingga 47 kg...Bila keadaan aku makin pulih,aku pasang body baru semula dengan berat 47kg tapi aku rasa terlampau kurus macam jerangkung.Ramai org komen tak lawa sebab terlampau kurus sangat.Time tu aku control makan sbb nak melangsungkan perkahwinan,so berat aku kekal dalam 48.5kg dalam tempoh setahun.Lepas kawin jer,hati senang,badan pun makin kembang.Bila mengandung aku langsung tak control makan,berat aku naik sehingga 65kg.Lepas bersalin anak sulung,tak sempat nak jaga body,aku mengandung anak kedua pulak.Lepas bersalin anak kedua,aku breastfeeding,so aku mmg tak nak control makan sbb kononnya supaya anak aku tak kekurangan zat.akhirnya berat aku jadi 61kg semula.Sepanjang melalui kehidupan sebagai orang gemuk dan kurus,mmg banyak perbezaannya.Bila kurus kita akan rasa yakin dan sentiasa berfikiran positif.Aku mempunyai 4 orang adik-beradik.Dua perempuan dan 2 lelaki.Adik aku yang ke-3 adalah yang paling maintain sekali sbb tak pernah gemuk langsung.Metabolisma dia tinggi kot atau pun ikut genetik sebelah abah.Kakak aku yang sulung adalah manusia yang pernah menghadapi masalah berat badan.Aku adalah orang yang paling memahami dia,sbb aku tahu dia tension dengan berat badan dia.Percaya atau tidak bila orang gemuk,orang akan melabelkan macam2 pada manusia yang bertubuh gemuk.Semua manusia di dunia ini telah didedahkan bahawa kurus itu cantik dan kurus itu tidak berpenyakit.So kita boleh menghalang dari orang berfikiran demikian.Oleh kerana itu kakak tu telah bertungkus lumus utk menguruskan badan walaupun mengambil masa yang lama.Akhirnya,sekarang dia bertambah cun melecun dan siap boleh joint marathon lagi.Aku rasa muka dia lebih muda dari aku sbb dia kurus dan cantik.Adik aku yang bongsu,memang minat makan so aku tak hairan berat dia hampir2 sama ngan seekor anak gajah.Adik aku jenis happy go lucky,apa org kata tentang dia,dia tak kisah pun.Tapi macam mula2 aku bagitau kita manusia yang punya hati dan perasaan.Mesti kita nak rasa cantik dan handsome.So sekarang dia makin bujang,body dia dah tak macam gorila sangat,bolehlah dikategorikan smart tapi masih lagi kategori "terlebih lemak" di kawasan perut.Cerita pasal faktor genetik,aku akui emak aku tersangat lah gemuk.Aku pun tak salahkan dia berbadan mcm tu.Bila badan gemuk penyakit pun senang datang.Kencing manis,darah tinggi dan hampir kena gout.Aku sedih tengok mak aku,walaupun dia dah tua,tetap ada orang yang mengata tentang tubuh badan dia yang gemuk itu.Walaupun aku ada pasang niat supaya tolong mak aku menguruskan badan,tapi bila difikir balik.Ada yang lebih penting dari sibuk suruh dia turunkan berat badan,baik aku suruh dia kawal makan supaya penyakit dia tak bertambah parah.Aku akui jugak lemak dibadan mak aku tu dah hampir tepu utk dibuang.So,aku cuma doakan semoga mak aku bertambah sihat walaupun badannya gemuk.Konklusinya,sepanjang aku hidup 28tahun ini ialah bila kita kurus dan sihat,kita akan cergas.Bila cergas,otak cerdas.Bila cerdas,semua kerja yang dilaksanakan akan lebih berkualiti.Lagi satu,aku teringat sunah nabi,berhenti makan sebelum kenyang tetapi berapa ramai yang mempraktikannya dalam kehidupan.Ingatlah kebanyakkan penyakit itu hadir dari perut yang terlampau kenyang.Sekarang berat aku naik semula,last timbang semalam 58 kg,walaupun masih lagi kategori normal tapi aku rasa banyak baju dah agak sempit. Walaupun aku toukey sauna daerah Kota Tinggi tapi kenapa aku berat aku boleh naik.Atas kesedaran itulah aku wujudkan semula blog aku ni supaya pembeli sauna aku tak rasa tertipu. Betul ker boleh kurus dengan bersauna?..Memang betul..Tapi anda jugak boleh gemuk kalau anda beli semua jenis alatan kuruskan badan tapi biarkan tersimpan berhabuk dalam almari atau terbengkalai macam umah tak siap. Berapa ramai yang tengah baca blog aku ni yg betul2 konsisten gunakan segala benda untuk kuruskan badan contohnya korset, sauna pants, sauna, treadmill, basikal statik dan macam2 lagi lah..Yang pada masa mula2 beli semangat giler nak guna..dan akhirnya "lu pikir lah sendiri"..Yang lebih teruk lagi,ada yang daftar gi pusat pelangsingan atau pusat senaman semata2 nak kurus tapi berapa lama anda boleh maintain RM untuk segala macam jenis tu..Mulai saat ini keluarkan semula bahan-bahan dan barang-barang yang anda dah beli,motivasikan diri untuk bersihkan habuk2 yang dah melekat tu..Pada pembaca yang tak pernah beli apa2 barang atau alatan untuk kuruskan badan..eheemm..itu tak semestinya anda di golongan yg bertuah,ambik calculator..gi kira berapa banyak duit yang anda laburkan untuk menguruskan badan walaupun hanya beli teh herba orang kampung atau pun krim kurus yanga paling murah..he..he..Jadi SET MINDA SEKARANG!!(tanda menjerit ni)..bermula mision kita menguruskan badan dengan sihat dan kuat..gunakan segala benda yang anda dah beli tu ..ok...pada sesiapa yang belum beli apa2..nak buat apa ye?cuma perlu set minda je lah..kalau nak beli sauna, boleh gak..he..he..