Assalamulaikum..
Dah lama aku terfikir dan teringin nak buat blog ni. Sebelum ni aku ada buat satu blog dan bila buat proses mengedit, segala macam benda yang aku dah buat sebelum ni,tak mau hilang walaupun aku dah edit. Jadi, dengan rajinnya aku pun mulalah mencipta blog yang baru.Aku nak segarkan semula blog aku sesuai dengan fungsinya untuk menulis catatan dan berkongsi pengalaman sambil berkongsi pendapat.Aku ada sesuatu yang ingin di kongsi bersama-sama rakan-rakan,tak kira lah apa pun saiz anda kerana semua saiz aku pernah rasa ( dari s hingga ke XXL)..Aku pernah lalui zaman XXL,sangat menyedihkan.Badan ku mula naik apabila aku berada di sebuah institusi perguruan ,berat aku pernah mencecah 63kg pada waktu tersebut.Ramai yang mengejek dan menyindir tentang saiz badan aku yang terlebih comel tu.Bila aku buat presentation dihadapan kelas,ramai yang akan mengembangkan pipi kerana menyindir pipi ku yang tembam itu.Walaupun hakikatnya mereka hanya bergurau tapi aku adalah manusia biasanya yang punya hati dan perasaan.Aku sangat2 tertekan dengan saiz badan aku yang montel dan tembam.Aku rasa tak selesa apabila membuat sesuatu aktiviti,walaupun aku ni sebenarnya sangat2 minat bersukan.Aku sebenarnya berikhtiar utk menurunkan berat badan, tapi sangat sukar kerana godaan dari kawan2 yang suka makan pada waktu malam.Cemburu jugak tengok member2 yang makan apa2 shj tapi badan tetap langsing.Yang peliknya,walaupun aku gemuk tapi ada jugak org yang nak mengurat aku time tu..ha..ha..so muka aku nie masih laku walaupun terlebih cubby.Penghujung semester kedua aku di serang sesuatu penyakit (kena sampuk kot)..so cuti penghujung tahun tu,berat aku turun dengan mendadak sehingga 50kg.Naik semester 2,aku pasang body baru,gembira sbb dah kurus.Walaubagaimanapun berat tu tak bertahan lama,angka itu terus menaik,menaik dan terus menaik (60kg).Aku hampir putus asa dengan berat aku,tak tahu nak buat apa..last2 aku buat tak tahu..Sehingga aku berposting utk berkhidmat sbg seorg guru dengan berat turun naik kdg2 57kg dan sometime cecah 61kg..Sehingga penghujung tahun 2005,aku diserang penyakit apendix..terpaksa berpuasa 3 hari 3 malam tanpa minum dan makan sebab nak tunggu turn operation.kebetulan aku kena apendix time hari raya so banyak kes kecemasan yang didahulukan.Alhamdulillah aku selamat di operation.Selepas operation,aku langsung tak berpantang akhirnya aku masuk wad semula sebab kena addition colix(tak sure ejaan aku betul atau tidak).Lima hari aku masuk wad dengan kesakitan yang amat sangat dibahagian perut.Berat aku turun mendadak sehingga 47 kg...Bila keadaan aku makin pulih,aku pasang body baru semula dengan berat 47kg tapi aku rasa terlampau kurus macam jerangkung.Ramai org komen tak lawa sebab terlampau kurus sangat.Time tu aku control makan sbb nak melangsungkan perkahwinan,so berat aku kekal dalam 48.5kg dalam tempoh setahun.Lepas kawin jer,hati senang,badan pun makin kembang.Bila mengandung aku langsung tak control makan,berat aku naik sehingga 65kg.Lepas bersalin anak sulung,tak sempat nak jaga body,aku mengandung anak kedua pulak.Lepas bersalin anak kedua,aku breastfeeding,so aku mmg tak nak control makan sbb kononnya supaya anak aku tak kekurangan zat.akhirnya berat aku jadi 61kg semula.Sepanjang melalui kehidupan sebagai orang gemuk dan kurus,mmg banyak perbezaannya.Bila kurus kita akan rasa yakin dan sentiasa berfikiran positif.Aku mempunyai 4 orang adik-beradik.Dua perempuan dan 2 lelaki.Adik aku yang ke-3 adalah yang paling maintain sekali sbb tak pernah gemuk langsung.Metabolisma dia tinggi kot atau pun ikut genetik sebelah abah.Kakak aku yang sulung adalah manusia yang pernah menghadapi masalah berat badan.Aku adalah orang yang paling memahami dia,sbb aku tahu dia tension dengan berat badan dia.Percaya atau tidak bila orang gemuk,orang akan melabelkan macam2 pada manusia yang bertubuh gemuk.Semua manusia di dunia ini telah didedahkan bahawa kurus itu cantik dan kurus itu tidak berpenyakit.So kita boleh menghalang dari orang berfikiran demikian.Oleh kerana itu kakak tu telah bertungkus lumus utk menguruskan badan walaupun mengambil masa yang lama.Akhirnya,sekarang dia bertambah cun melecun dan siap boleh joint marathon lagi.Aku rasa muka dia lebih muda dari aku sbb dia kurus dan cantik.Adik aku yang bongsu,memang minat makan so aku tak hairan berat dia hampir2 sama ngan seekor anak gajah.Adik aku jenis happy go lucky,apa org kata tentang dia,dia tak kisah pun.Tapi macam mula2 aku bagitau kita manusia yang punya hati dan perasaan.Mesti kita nak rasa cantik dan handsome.So sekarang dia makin bujang,body dia dah tak macam gorila sangat,bolehlah dikategorikan smart tapi masih lagi kategori "terlebih lemak" di kawasan perut.Cerita pasal faktor genetik,aku akui emak aku tersangat lah gemuk.Aku pun tak salahkan dia berbadan mcm tu.Bila badan gemuk penyakit pun senang datang.Kencing manis,darah tinggi dan hampir kena gout.Aku sedih tengok mak aku,walaupun dia dah tua,tetap ada orang yang mengata tentang tubuh badan dia yang gemuk itu.Walaupun aku ada pasang niat supaya tolong mak aku menguruskan badan,tapi bila difikir balik.Ada yang lebih penting dari sibuk suruh dia turunkan berat badan,baik aku suruh dia kawal makan supaya penyakit dia tak bertambah parah.Aku akui jugak lemak dibadan mak aku tu dah hampir tepu utk dibuang.So,aku cuma doakan semoga mak aku bertambah sihat walaupun badannya gemuk.Konklusinya,sepanjang aku hidup 28tahun ini ialah bila kita kurus dan sihat,kita akan cergas.Bila cergas,otak cerdas.Bila cerdas,semua kerja yang dilaksanakan akan lebih berkualiti.Lagi satu,aku teringat sunah nabi,berhenti makan sebelum kenyang tetapi berapa ramai yang mempraktikannya dalam kehidupan.Ingatlah kebanyakkan penyakit itu hadir dari perut yang terlampau kenyang.Sekarang berat aku naik semula,last timbang semalam 58 kg,walaupun masih lagi kategori normal tapi aku rasa banyak baju dah agak sempit. Walaupun aku toukey sauna daerah Kota Tinggi tapi kenapa aku berat aku boleh naik.Atas kesedaran itulah aku wujudkan semula blog aku ni supaya pembeli sauna aku tak rasa tertipu. Betul ker boleh kurus dengan bersauna?..Memang betul..Tapi anda jugak boleh gemuk kalau anda beli semua jenis alatan kuruskan badan tapi biarkan tersimpan berhabuk dalam almari atau terbengkalai macam umah tak siap. Berapa ramai yang tengah baca blog aku ni yg betul2 konsisten gunakan segala benda untuk kuruskan badan contohnya korset, sauna pants, sauna, treadmill, basikal statik dan macam2 lagi lah..Yang pada masa mula2 beli semangat giler nak guna..dan akhirnya "lu pikir lah sendiri"..Yang lebih teruk lagi,ada yang daftar gi pusat pelangsingan atau pusat senaman semata2 nak kurus tapi berapa lama anda boleh maintain RM untuk segala macam jenis tu..Mulai saat ini keluarkan semula bahan-bahan dan barang-barang yang anda dah beli,motivasikan diri untuk bersihkan habuk2 yang dah melekat tu..Pada pembaca yang tak pernah beli apa2 barang atau alatan untuk kuruskan badan..eheemm..itu tak semestinya anda di golongan yg bertuah,ambik calculator..gi kira berapa banyak duit yang anda laburkan untuk menguruskan badan walaupun hanya beli teh herba orang kampung atau pun krim kurus yanga paling murah..he..he..Jadi SET MINDA SEKARANG!!(tanda menjerit ni)..bermula mision kita menguruskan badan dengan sihat dan kuat..gunakan segala benda yang anda dah beli tu ..ok...pada sesiapa yang belum beli apa2..nak buat apa ye?cuma perlu set minda je lah..kalau nak beli sauna, boleh gak..he..he..