|
Berbasikal-20 minit |
Dengan semangat ilmu di dada.Pagi2 lepas sebahyang subuh aku pun naiklah basikal mak aku tu.Kayuh2 punya kayuh,dapatlah jugak dalam 22 minit. Boleh lah,tapi speed slow je.Sesuailah beginner mcm aku ni..
Hari ni sarapan pagi ngan telur.Pelik bapak aku tengok,aku makan telur pagi2..Nak kurus punya pasal,belasah jelah..
|
Sarapan pagi |
Tengah hari aku makan best.Makanan kegemaran aku ikan keli masak sambal.Aku ambik 3 ketul ikan keli dan semangkuk sayur masak tumis air.
|
Makan tengah hari. |
Petang, suami aku ajak gi Tesco untuk gi belanja bulanan.Biasalah belanja susu anak2,pampers dan mcm2 lagi. Aku dah berkira2 hari ni nak gi beli timbang digital.Siap2 membeli belah,tibalah seisi untuk acara makan2.Aku gi order nasi ayam untuk anak2 dan suami aku.Pusing punya pusing,benda apa lah yg aku nak makan.Aku pun order Tomyam Ayam (Gambar tak upload sbb tak bawak kamera). Oklah,kiranya diet aku hari ni tak terbabas.Balik dari Tesco aku gi singgah Cosway sbb nak beli timbang. Harganya dalam RM79+3 kupon.Lagi pun kupon aku tu tak guna lagi.Ada 20 kupon semuanya.Bestnya dapat timbang baru.
|
Timbang baru(semangat nak menimbang) |
Sebenarnya timbang yang lama tu ok lagi tapi di sebabkan kononnya nak dapat pengukuran yang lebih jitu dan tepat.Aku belilah timbang digital.Timbang yang lama tu dah berusia 4 tahun.Husband aku belikan sempena hari jadi aku.Dia belikan aku timbang sbb aku ni obses sangat nak menimbang.Pantang nampak penimbang kat mana2 pasaraya. Oleh kerana 'kejakunan' aku yang dia sendiri pun tak sanggup nak tengok,dia pun belikan lah satu. Nasib husband aku tak beli penimbang yg kena masukkan duit kalau nak menimbang tu. Harus kaya suami aku sebab tiap2 hari aku insert duit nak menimbang,cukup sebulan,husband aku ambik duit tu..he..he..he..Apa2 pun,aku sayang sangat kat suami aku.Dialah orang yang paling memahami jiwa dan raga aku.Sangat supportive dalam segala hal.Kalau aku dok membebel pasal berat aku dan nak cakap aku nak diet,dia layan jek.Kadang2 aku yang diet,dia yang terlebih kurus..Maklumlah makanan yg di masak mcm orang dalam pantang.Balik umah,aku pun test lah penimbang baru setealh 7 hari bersama diet Atkins,hasilnya....55.9 kg dari 58kg. Oklah untuk permulaan.
|
55.9 kg |
Tapi bila aku timbang pakai timbang yang lama.Berat aku 55 kg.Apa2 pun aku ambik angka 55.9 kg.
|
55kg |
Perasaan berdiet Atkins.Oklah tak lah teruk sangat.Feel Good sbb tak menyeksa diri sangat.Kalau kat kedai boleh makan ayam,ikan dan sayur2an..
wah, byk jgk yg turun tu.. bestnya... keep it up..
ReplyDelete