Kenapa lah tajuk entri aku kali pelik sangat bunyinya..haha:-D..Ok lah sebenarnya hari ni hari ke 5 aku dah lalui Diet Atkins. Rasa mcm tak sabar nak gi timbang.Bangun pagi mcm biasa aku bersarapan dengan telur sbb aku tak tahu nak sarapan dengan makanan apa lagi yg kurang karbohidrat. Almaklumlah aku ni bukan kreatif dan inovatif sangat dalam bab-bab memasak.Oleh kerana hari ni, hari Jumaat, sekolah habis awal, dalam kul 12 tgh aku dah sampai umah. Dengan semangat tinggi di dada, aku tak sabar2 nak masak. Bosan jugak kalau hari2 dok balun telur dan sayur air tapi itulah yg paling senang.Selesai potong memotong dan tengah sibuk masak sayur,anak2 aku ajak teman di org tidur. Ok lah,aku pun teman diorg tidur jap...zzzzz...Tiba2 aku dengar bapak aku panggil2 nama aku,sambil cakap "Ko masak apa ni,bau hangit"Pehhh..sekali aku gi dapur, periuk aku dah x rupa periuk..Hitam legam tahap gaban,kalau rendam 3 hari 3 malam, tak mungkin hilang..
|
Periuk yang hangit!!
|
Terpaksalah aku makan tengah hari ngan lauk asam pedas je..:-(
|
Makan tengah hari-lauk asam pedas |
Nasib baik lah, kebetulan bapak aku nak gi hospital Kota Tinggi (teman mak buat terapi kaki). Dia singgah umah aku jap,hantar kunci umah pd aku. Kalau tidak alamatnya.......Alhamdullillah,tuhan masih nak beri kesempatan aku untuk terus bernyawa..he..he..Peringat untuk semua,pastikan matikan dapur gas sebelum melayan aktiviti mata..Ok lah, makan malam aku senang je,sebab aku import dari umah bapak aku.So, petang tak de acara masak memasak..Untuk makan malam, aku makan sayur sawi masak lemak+ikan goreng+sambal belacan.Perasaan hari ni berdiet Atkins,ok lah..tak lah teruk sangat sbb tak berapa nak lapar sbb boleh makan apa saja kecuali yang berkarbohidrat.Aku ada makan sawi masak lemak tapi aku makan sawi dia jer,kuah sawi tu, aku tak hirup pun.So, selamat lah ye..
|
Makan untuk makan malam. |
No comments:
Post a Comment