Monday, 21 February 2011

Day 1:Diet Atkins dan Bersenam

Alat senaman yang ada kat umah mak aku.

Sarapan pagi dan makan tengah hari (menu sama)

Makan malam (Sayur sawi mangkuk besar)
Hari ni, hari pertama berdiet style diet Atkins.Nak tahu jugak apa perasaan berdiet style Atkins. Macam biasa aku bangun kul 5.00 pagi dan terus minum air kosong 2 gelas (aku dah biasa buat). Gi rebus telur 2 biji untuk breakfast.Bila pelawa husband aku makan sekali, dia kata malas nak breakfast pagi2, nak breakfast kul 10 pagi nanti..ikut suka lah bang..Suami aku ni kategori badan memang maintain slim.Aku tengok makan boleh tahan jugak,asal lapar gi dapur, tak kisah lah jam brp pun..kdg2 kul 1 pagi pun di pernah makan tapi bukan sbb nak bersahur. (lapar katanya).Aku sarapan dengan sebiji telur je + 2 mug air kosong. Aku tak tahu nak minum air apa sbb dalam diet Atkins tak boleh minum air manis or apa shj yg bergula, bergandum dan berkarbohidrat..(opss..sori,bukan tak boleh cuma kurangkan)..Oleh kerana semangat dan keazaman yang tinggi aku cuma balun sebiji telur dan 2 mug air.Balik dari sekolah,mmg aku jarang masak sebab anak2 aku semua dah makan kat sekolah masing2.Biasanya aku akan masak untuk makan malam shj.So, apa aku nak makan tengah hari ni ye..Oh!!baru teringat aku rebus telur 2 biji pagi tadi tapi baru makan sebiji.Apalagi nampaknya makan tengah hari hanya sebiji telur dan air kosong lagi. Pehh!!!hari ini aku minum air 3.5 liter kosong..Banyak tak aku minum?..he..he..aku mmg peminum air tegar sebenarnya.Kalau kurang air,aku mudah demamm dan sakit tekak.Sebenarnya aku baru baik demam,dapat MC 2 hari  (hari Jumaat dan Sabtu)..Korang tahu knp aku boleh demam,salah satu sebabnya aku taksub sangat nak kuruskan badan,aku bantai jogging dan naik basikal pastu bersauna tiap2 hari..Kesimpulannya buat apa2 pun kena bersederhana. Bersauna tu 3 kali seminggu pun dah cukup.So, bila aku nak bersauna sambil berdiet Atkins ni..Rasanya aku nak start bersauna hari Rabu ni sebab aku pun baru je baik demam.Jam 5.30 petang aku gi umah mak aku sbb kat umah mak aku ada "statik basikal" dan mesin "shake to shape". Ingat nak gi bersenam dengan benda alah tu semua.Sampai umah mak aku naik mesin "shake to shape" 10 minit, pastu sambung naik basikal 10 minit (kalori terbakar dalam 30 joule je,boleh lah..),pastu sambung naik mesin "shake to shape" 10 minit.Campur semua aku excersice dalam 30 minit, cukup kot.Tapi kalau tengok peluh yang keluar, tak seberapa pun..he..he..Pastu aku ajak anak-anak aku jalan2,diorang naik basikal,aku jalan kaki jer demi untuk menjaga keselamatan anak2 tersayang.Nk cerita pasal mesin dan basikal yang mak aku beli tu,nak dengar tak?..he..he..Sebenarnya mak aku ada masalah kaki,selalu sakit bila berjalan.Mungkin ini salah risiko yang perlu ditanggung oleh orang obesiti.Di sebabkan itu,mak aku terpaksa gi terapi kat hospital tiap2 bulan.Salah satu terapi yang perlu mak aku lalui ialah naik basikal statik.Oleh kerana semangat berkobar2 nak baikkan kaki,mak aku pun gi lah cari kat kedai untuk beli basikal statik.Mula2 dia kata nak beli basikal untuk bawa gi kerja.Katanya nak gi kerja naik basikal,mak oii!!!semangat tinggi tu..Tak logik lah mak oii,kalau nak gi kerja naik basikal,lagi tinggi risiko yang mak kena tanggung pulak nanti. Selain dari faktor keselamatan jalan raya,faktor nak belajar naik basikal tu ha..pandai ke?..:-)Ape pun semangat mak aku tu, aku tabik beb..Kitaorang pun gilah survey kedai nak beli basikal,jumpa satu kedai Gintel. Promoter tu pulak boleh promote mesin "shake to shape" pulak..Dia kata bagus untuk kaki dan senang nak bersenam bagi orang2 yang obesiti. Kira punya kira,mak aku pun setuju beli.Habis dalam RM4k jugak.Tak kisah lah duit dia..:-)..Aku cuma harap kaki mak aku baik dan badan semakin kurus,maklumlah "shake to shape" lah katakan.Balik umah,terpikir nak masak apa?Aku masak nasi+ayam goreng+sayur sawi masak air.Tapi aku cuma makan sayur sawi je..Yang lain2 tu anak2 aku yang makan..Fuhh!!!berjaya melalui Diet Atkins dengan cemerlang pada hari ini..Perasaan gembira buat diet Atkins hari ni,yang bestnya aku tak letih pun..:-)

3 comments:

  1. treadmill..bestnya..mesti mahal kan

    ReplyDelete
  2. Hai kak...ber atkin kena makan bnyak sket ye...jgn la makan telur sebiji je...nanti perot lapar..n diet x menjadi...:)..sy wat induction 5 hari leh turun 4 kilo...akak pon boleh...tp jgn makan kurang ye..:)

    ReplyDelete
  3. btl tu..kalau nak diet atkin jgn kurangkan mkn sgt.. nnt tkt xmnjadi..cz ni diet low car..bukan low calories..btw good luck kak n congratesnorizan

    ReplyDelete