Thursday 24 February 2011

Day 4:Diet Atkins dan Puasa Sunat

Menu bersahur aku ( sayur kangkung bertelur)

Menu berbuka (sayur bayam+telur mata kerbau+hirisan timum bersama mayanos+ikan goreng+ikan masak sambal)
Hari ni aku dangan senang hatinya berpuasa sunat.Lagi pun hari ni Hari Khamis mmg di anjurkan untuk berpuasa sunat. Sepanjang Tahun 2011 ni,aku baru je berpuasa sunat 1 hari. Sebenarnya banyak kelebihan berpuasa sunat isnin ngan khamis ni.  Terdapat beberapa dalil yang menyatakan tentang puasa sunat isnin dan khamis yang aku sempat aku cari. Ini adalah ihsan dari blog shah. Moga beri manfaat kepada kita semua. Al maklum dalam menyelusuri mencari impian berat idaman, sedikit sebanyak dapat jugak bertambah ilmu dan amal.

pertama:Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a menceritakan bahawa;"Adalah Rasulullah s.a.w amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis
(Riwayat Imam Tarmizi.menurut beliau hadis ini soheh)

kedua:Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah bersabda;"Dibentangkan amalan-amalan dihadapan Allah pada hari isnin dan khamis.Maka aku menyukai dibentangkan amalanku(dihadapan Allah) pada ketika aku berpuasa"
(Riwayat Imam Tirmizi)


ketiga;Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah ditanya tentang puasa hari isnin.Baginda menjawab;"Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan(menjadi nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku"
(H.R Imam Muslim)
Oklah berbalik ke pada menu bersahur aku. Aku bersahur dengan sayur kangkung masak air dan ditambah ngan telur. Alhamdullilah, pagi2 bersahur dengan semangkuk sayur, tekak aku masih bo terima lagi.Hari ni mood berpuasa aku mmg bercadang tak nak bersenam, takut badan terlalu letih sbb pagi tadi bersahur, aku cuma sempat minum 4 mug shj, terasa kehausannya. Ok lah, malam aku nak berbuka apa ye? tekak ni nak sangat makan yg pedas2..Menu aku untuk berbuka, meriah jugak..he..he..sayur bayam+telur mata kerbau+hirisan timum bersama mayanos+ikan goreng+ikan masak sambal..Yang paling aku berselera makan ialah ikan masak sambal. Ikan tu mak mertua aku yang bagi..Mmg sodap..Oklah perasaan hari ni berdiet Atkins adalah gembira. Lagi pun aku berdiet atkin sambil berpuasa. So feel berpuasa sunat tu yang lebih. Kalau ikutkan dalam proses induction ni, kita boleh nak skip makan.So bila berpuasa, aku dah skip makan tengah hari. Satu hari tak pe kot..he..he..Sebelum aku nak tamatkan penulisan, aku ada cerita best tau..he..he..Pagi tadi aku gi kerja naik motor. Biasa lah pagi2 kena hantar anak2 gi taska dan tadika. Hari ni aku mengangkut diorg naik motor. Masa anak aku yangg sulung nak naik motor kat belakang (maklumlah dia pemboceng so terpaksalah dok belakang), anak aku pegang pinggang aku...Anak aku boleh cakap "kurusnya ibu"..Pehh!!!gembiranya dapat pujian dari anak. Tak tahulah ikhlas atau sekadar bodek.Ape pun oklah tu..Berat masih misteri lagi sebab ada masa 3 hari lagi untuk seisi penimbangan. Harap2 turun lah ek..

1 comment: